top of page

Masak Lemak ala Nyonya (Hint: 🍍🍤)

Watch Tutorial:


IN ENGLISH

Our Nyonya Masak Lemak paste is a combination of creamy and sweet with a pinch of spiciness from hot chillies. Try it out, it will be your family’s next new favourite!


Serves: 4 Servings

Cooking Time: 15 - 20 Mins


🧅🧄🌶️ Ingredients / Prep:

  • 1/2 pineapple

  • 150ml water

  • 110ml coconut milk

  • 250g prawns

  • Agak-Agak Nyonya Masak Lemak Paste (1 x 100g)


 🍳 Cooking Instructions:

  • Slice a 1/2 pineapple and saute with Agak-Agak Nyonya Masak Lemak Paste for 5 minutes or until it softens.

  • Add 150ml water. Simmer for 5 minutes.

  • Add 110ml coconut milk and 250g prawns. Simmer until the prawns are cooked.

  • Add salt and sugar to taste.


🍚 Best served with rice!

DALAM BAHASA MELAYU

Masak Lemak Nanas ini adalah hidangan yang wajib dicuba apabila anda meneroka masakan Peranakan. Ini adalah hidangan "comfort food" klasik di setiap rumah tangga Peranakan. Manisnya dari nenas dan udang, rasa lemak dari santan kelapa, serta pedas dari cili bersatu dengan kelazatan dari pelbagai herba dan rempah, semuanya berpadu dengan harmoni.


Hidangan: 4 Sajian

Masa Memasak: 15 - 20 Min


🧅🧄🌶️ Bahan-bahan Ramuan / Cara Penyediaan:

  • 1/2 biji nanas

  • 150ml air

  • 110ml santan

  • 250g udang

  • Pes Masak Lemak Agak-Agak Nyonya (1 x 100g)


🍳 Cara Memasak:

  • Tumis Pes Masak Lemak Agak-Agak Nyonya bersama 1/2 biji nanas yang dihiris selama 5 minit atau sehingga nanas lembut.

  • Masukkan 150ml air. Reneh selama 5 minit.

  • Tambahkan 110ml santan dan masukkan 250g udang. Reneh sehingga udang masak.

  • Tambah garam dan gula secukup rasa.


🍚 Enak dihidang panas bersama nasi!


Σχόλια


jakim-halal-malaysia-logo_edited.png
bottom of page